Saturday, December 10, 2011

Jenis Tempaan dan Variasi Syiling


1. Uncirculated (UNC) atau Mint Condition
Kebanyak syiling perak bullion adalah dalam keadaan UNC (Uncirculated). Syiling keluaran umum juga adalah dalam keadaan UNC semasa keluarannya. Walaupun begitu, ini tidak bermakna tiada langsung kecacatan pada syiling semasa keluarannya. Syiling ini dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak dan kemungkinan akan timbul kecacatan semasa pencetakan (mint errors) mahupun semasa pengurusan (handling) dan penyimpanan (storage) syiling. Kesan calar, guris, kemek ataupun ‘tarnish’ biasanya berlaku.

 
American Silver Eagle


2. Brilliant Uncirculated (BU) atau Fleur du Coin (F.D.C)
Keadaan syiling yang agak serupa dengan UNC cumanya mempunyai permukaan yang agak berkilat seakan peruf. Mengalami cetakan ‘die’ khas untuk menghasilkan permukaan syiling yang berkilat. Premium yang agak tinggi berbanding syiling yang dicetak dalam keadaan UNC.


 
UK Silver Britannia


3. PROOF
Kaedah cetakan khas secara berulang kali di dalam bilik khas (sesetengahnya bilik vakum) dengan menggunakan ‘die’ yang unik menghasilkan permukaan berkilat seakan-akan cermin. ‘Die’ cetakan dijaga dan diurus dengan rapi untuk mengelakkan sebarang kesan atau kecacatan pada ‘blank’ cetakan. Mempunyai premium yang tinggi. Cetakan peruf Pobjoy Mint antara peruf yang terkenal dengan 4 kali cetakan yang menghasilkan permukaan syiling ‘high-relief’.

 
UK Silver Britannia Proof


4. GOLD PLATED
Syiling perak juga disadur dengan emas tulen 24K mahupun emas 22K. Mengalami proses saduran khas bagi meliputi kesemua permukaan syiling yang biasanya dilakukan melalui proses ‘gold electroplating’ di dalam larutan yang mengandungi emas tulen. Mempunyai ketebalan lebih daripada 0.175 ataupun 2.5µm.

 
Solomon Islands Concorde Gold 24K Plated Silver 99.9% Coin


7. GILDED
Berbeza dengan ‘gold plated’. ‘Gilded’ kebiasaannya dibuat selepas proses penempaan syiling sama ada oleh badan atau agensi yang sama mencetak syiling terbabit ataupun pihak ketiga. Syiling juga tidak disadur sepenuhnya dengan emas. Hanya sebahagian daripada permukaan saja disadur. Kebiasaannya untuk menyerlahkan gambar atau subjek syiling. Dilakukan secara ‘by hand’ sama ada proses gam ataupun cat atau secara ‘chemical gilding’ melalui proses ‘selective electroplating’.

 
Chinese Silver Panda Gilded


6. GOLD CAMEO
Syiling yang mempunyai sebahagian kecil diliputi emas. ‘Cameo’ bermaksud bahagian yang timbul di permukaan syiling. Kesan ‘cameo’ akan memberikan permukaan sebahagian syiling itu menyerlah daripada permukaan yang lain.

 
Guernsey Golden Wedding with Gold Cameo


7. PRIVY MARK
Terdapat juga syiling bulion keluaran khas bagi menghargai ataupun memperingati sesuatu dengan mencetak ‘privy mark’ secara eklusif. Mempunyai cetakan yang terhad dan biasanya harga lebih tinggi berbanding syiling bullion yang biasa.

 
Australian Kookaburra 1996 with European Cities Privy Mark


8. WITH HOLOGRAM
‘Hologram’ akan memberikan kesan khas berwarna-warni kepada syiling. Permukaan syiling yang diseliputi dengan ‘hologram’ akan menampakkan kesan perubahan warna (hologram effect) jika syiling dipandang dari sudut yang berbeza.

 
Belarus Sailing Ships Constitution coin


9. COLORIZED
Selain daripada ‘gilded’, syiling juga diwarna untuk menyerlahkan gambar atau subjek sesuatu syiling. Proses mewarna sama ada dilakukan oleh kilang percetakan mahupun pihak ketiga. Kesan warna daripada kilang percetakan lebih tulen berbanding dengan kesan warna daripada pihak ketiga kerana menggunakan mesin cetak yang khas dengan teknik mewarna secara melapis-lapis dan satu-persatu mengikut tona warna. Syiling berwarna ini mempunyai nilai Numismatik yang tersendiri. Proses mewarna pihak ketiga biasanya menggunakan pewarna tahan luntur dan proses adalah secara manual ‘by hand’ ataupun mesin. Syiling ini tidak mempunyai nilai Numismatik pada warnanya dan kadang kala dianggap sebagai ‘penipuan’ syiling berwarna yang asli.


 
American Silver Eagle diwarna pihak ketiga.

 
Australian Year of the Ox Colored diwarna oleh Perth Mint


10. WITH CRYSTALS/DIAMOND/PRECIOUS STONE INSERTED
Syiling juga dihiasi dengan batu Kristal mahupun berlian untuk menampakkan kecantikannya. Batuan berharga seperti rubi, zamrud, jade, kristal, sapphire dan topaz turut diletakkan malah ada antara syiling dihiasi dengan mutiara, amber mahupun batu meteorite!

 
Canadian Crystal Snowflake dengan Swarovski Elements


11. WITH NIOBIUM
Pada tahun 2003, Austrian Mint pertama kalinya menggunakan unsur Niobium (Nb) dalam penghasilan syiling peringatan 25 Euro ‘Hall in Tyrol’. Niobium ataupun Columbium berada dalam kumpulan 5 di jadual berkala unsur. Warna semulajadi Niobium adalah kelabu. Walaubagaimanapun ia boleh bertukar warna kepada biru, kuning, hijau, merah, ungu dan sebagainya melalui proses pembelauan cahaya oleh lapisan Niobium oksida yang nipis di atas permukaan syiling. Kadar pembelauan yang berbeza menghasilkan warna yang berbeza.


 
Austrian 25 Euro Silver Coin with Niobium




Mohd Zulkifli Salleh
KT and Marang Representative

Copyright©2011 World Numisilver


* Muat turun dokumen asal di http://www.box.com/s/kk09u8zfo796or0sozxe

No comments: