Wednesday, February 22, 2017

7 Tanda Anda Bakal Muflis


my_fb-link-blog_bakalmuflis
Rakyat Malaysia semakin terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat, pertambahan tangga gaji yang perlahan, dan keperluan untuk menambah baik kefahaman kewangan. Menurut Malaysian Financial Planning Council (MFPC), seramai 22, 663 rakyat Malaysia berusia bawah 35 tahun telah diisytiharkan muflis antara 2011 hingga 2015.
Ini bermakna sekitar 15 orang diisytiharkan muflis setiap hari dalam tempoh 4 tahun tersebut. Menurut MFPC juga, kebanyakan individidu yang diisytiharkan muflis berpunca dari kegagalan untuk mengurus pendapatan mereka dan tidak memahami kepentingan pengurusan kewangan.
Generasi muda Malaysia tidak bersedia untuk berhadapan dengan beban hutang serta tidak bertanggungjawab dalam mengurus kewangan.
Naib Presiden MFPC, Michael Kok Fook

Ia menyedihkan apabila ramai rakyat Malaysia dibebani hutang yang tinggi sebaik sahaja menamatkan pelajaran di kolej atau universiti. Lebih teruk apabila mereka tidak sedar tentang tanda masalah kewangan sehingga ia sudah terlambat. Tanpa panduan yang betul, masalah ini akan bertambah buruk.
Mari kita lihat tanda amaran bahawa anda bakal jatuh muflis. Ketahui tanda tersebut sebelum terlambat!

Menggunakan kad kredit sehingga had kredit dan tidak mampu membuat bayaran minima

Pada kadar purata had kredit dari RM 8,000 sehingga RM 30,000, jika anda sentiasa berbelanja sehingga mencecah had kredit tersebut selama sekurang-kurangnya 6 bulan berturut-turut, ini merupakan petanda buruk bahawa anda tidak melangsaikan hutang anda pada kadar masa berpatutan. Pihak bank akan mengenakan faedah ke baki tertunggak anda. Lebih teruk, anda tidak mampu membayar bayaran minimum bulanan yang dikenakan, (kebiasaannya 5% dari baki tertunggak) walaupun hanya untuk sebulan.
Jika anda membayar bayaran minima setiap bulan sekalipun, anda tidak harus berasa bangga. Tahukah bahawa jika anda hanya membuat bayaran minima bulanan, ia akan mengambil hampir 10 tahun untuk melangsaikan baki tertunggak tersebut. Caj faedah yang dikenakan juga boleh mencecah RM 3,382! Anda boleh membuat pengiraan untuk membayar balik hutang kad kredit anda menggunakan kalkulator ini

Tip: Ada 2 strategi utama untuk membantu melangsaikan baki tertunggak kad kredit anda. Pertama, utamakan baki tertunggak kad kredit yang memiliki kadar faedah tertinggi. Walaupun cara ini mengambil masa yang lebih lama, anda akan mara kehadapan lebih cepat dari segi kewangan kerana kadar faedah yang tinggi akan menjejaskan anda. Oleh itu, tumpukan perhatian untuk langsaikan hutang yang berfaedah tinggi.
Cara yang kedua pula digelar ‘snowball effect’. Ia menumpukan perhatian untuk melangsaikan hutang terendah terlebih dahulu, dan anda akan mempunyai lebih wang untuk melangsaikan hutang yang lebih besar.
Selain itu, cuba untuk hadkan penggunaan kad kredit sehingga 30% – 40% dari had kredit anda setiap bulan. Anda juga boleh memilih untuk membuat pindahan baki (balance transfer) ke kad kredit dengan 0% kadar faedah, atau kadar faedah yang lebih rendah dari kad kredit anda.

Anda terlepas membuat bayaran bulanan kerana hutang anda terlalu tinggi

Jika anda menghadapi kesukaran untuk membayar bil bulanan dan sering terlepas membuat bayaran bulanan (ansuran, pinjaman, dan lain-lain) untuk 2 bulan berturut-turut, ini merupakan permulaan kepada masalah kewangan. Anda mungkin bakal menerima panggilan telefon atau amaran dari pemiutang yang menandakan hutang anda telah terlalu tinggi.
Tip: Lihat alternatif pinjaman peribadi untuk bantu anda menyatukan dan melangsaikan hutang, selain cuba dapatkan pendapatan sambilan.

Aset anda telah atau bakal ditarik balik

Selain perlu membayar faedah yang tinggi serta bayaran penalti, anda bakal berhadapan risiko rumah atau kereta anda ditarik sekiranya selalu lambat membuat pembayaran bulanan. Jika anda membeli aset tersebut melalui pinjaman, aset tersebut bukan kepunyaan anda, tetapi milik pihak bank sehingga anda langsaikan pembayaran hutang. Gagal untuk membuat bayaran akan menyebabkan bank berhak untuk menarik balik aset tersebut.

Tip: Jangan beli hartanah atau kereta dengan terburu-buru. Kaji terlebih dahulu nisbah hutang:pendapatan anda. Jika anda berkemampuan, anda boleh teruskan hasrat anda. Sebagai panduan asas, nisbah antara pendapatan dan hutang anda tidak boleh melebihi 50% jika anda masih tidak membuat sebarang pinjaman. Jika ia telah mencecah 50%, anda tidak mampu untuk membuat pinjaman dan seharusnya fokus terlebih dahulu untuk melangsaikan hutang.
my_blog_creditratingcomparison_2

Anda mempunyai rekod kredit yang buruk

Antara tanda anda bakal diisytihar muflis sebenarnya boleh dilihat dengan jelas melalui rekod kredit anda. Ketahui kedudukan rekod kredit anda dari CCRIS, CTOS atau RAMCI dua kali setahun.  Laporan dari agensi tersebut boleh membantu anda untuk memeriksa segala hutang, bayaran tertunggak, kes mahkamah serta permohonan produk kredit yang anda telah lakukan dalam tempoh 12 bulan lepas. Jika anda menghadapi risiko muflis, rekod kredit anda akan berasa didalam ‘zon merah’ dan tidak berkualiti.

Tip: Dapatkan panduan dari agensi tersebut untuk menambahbaik rekod kredit anda. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, utamakan hutang dengan kadar faedah yang tinggi terlebih dahulu, gunakan fungsi pindahan baki untuk langsaikan hutang kad kredit dan pinjaman peribadi untuk melangsaikan hutang.

Anda membuat pindahan had kredit ke tunai kerana kurang cash flow

Ini merupakan amaran terbesar bagi mereka yang boros berbelanja. Tindakan ini akan memakan diri anda apabila penyata kad kredit tiba nanti, kerana ianya akan dicatat dalam penyata tersebut.
Pindahan baki ke tunai biasanya merupakan pilihan terakhir jika anda terdesak memerlukan wang untuk tujuan kecemasan, dan sepatutnya dilangsaikan dalam tempoh 6 bulan.
Tip: Cuba cari kerja sambilan untuk menjana pendapatan tambahan. Selain itu, anda boleh memohon pinjaman peribadi dengan kelulusan segera, tetapi hati-hati dan ingat tentang nisbah hutang:pendapatan seperti yang dibincangkan diatas.

Anda tidak mempunyai simpanan

Ini merupakan satu lagi tanda besar anda bakal berhadapan masalah kewangan. Jika boleh, anda sepatutnya mempunyai simpanan yang berjumlah antara 3-6 gaji bulanan anda untuk tujuan kecemasan. Jika boleh, peruntukkan juga sedikit simpanan untuk tujuan pelaburan (jangka pendek, sederhana dan panjang).

Tetapi, jika anda tidak boleh mempunyai simpanan dan baki akaun bank anda sering hampir ‘kering’ kerana membayar hutang, anda amat perlukan bantuan.
Tip: Ubah gaya hidup anda dan mula menyimpan wang, walaupun dengan jumlah sekecil RM 100. Anda juga perlu berusaha untuk lebih mahir dan maju dalam kerjaya anda kerana ia merupakan salah satu cara untuk meningkatkan pendapatan bulanan, selain mencari kerja sambilan.
my_blog_monthlypayments

Hutang berjumlah lebih dari RM 30,000

Walaupun anda mempunyai hutang berjumlah lebih dari RM30,000, anda tidak akan diisytiharkan muflis jika anda boleh membuat sekurang-kurangnya bayaran minima setiap bulan. Jika anda menghadapi masalah, perintah mahkamah akan dikeluarkan sebelum anda diisytiharkan muflis. Faktor berikut akan disemak untuk mengisytiharkan seseorang itu muflis:
  • Tidak mampu membayar hutang dengan jumlah sekurang-kurangnya RM 30,000.
  • Hutang tersebut telah disahkan (liquidated sum)
  • Hutang tersebut tertunggak selama 6 bulan
  • Penghutang tinggal di Malaysia sekurang-kurangnya setahun.
Tip: Terus bayar dan langsaikan hutang anda, dan elakkan dari terus berhutang.

No comments: